BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 25, 2010

Terinai, Timah Tasoh

Hari tu (lama dah, dalam dua tiga minggu jugak la), kami pi Empangan Timah Tasoh. Ada macam tempat bersantai kat situ. Tapi, dia tutup dengan palang tak bagi orang masuk. Tak tahu pasai pa. Dia tak tulis pun kat situ. Dia cuma letak palang dengan kayu buruk, tak bagi kenderaan masuk. Pastu, kalau tak silap aku ada macam papan tulis tak bagi masuk... Entah la. Tengok, lawa juga tempat tu. Best, sedap dan masyok buat makan angin rehat-rehat pepetang. Hehe, tu la yang masalahnya tu. Tempat ni, macam agak sunyi la jugak, jadi, best la juga para-para couple melakukan aktiviti "riadhah" depa. Haha... Itu ikut cerita adik dan abang aku yang duduk Peghleih selama ni. Aku baru balik belajaq ja. Hehe...

Tapi, nak ambik gambaq burung tak jadik sangat la. Tak banyak jumpa. Hat jumpa pun, yang kecik dan dia terbang sesuka hati dia ja. Susah nak ambik gambaq dia. Huhu... Jadi, aku ambik gambaq bangunan kat situ ngan gambaq permandangan ja... Ni dia..














Aku berharap sangat kalau orang buka balik tempat ni.... Mmm... Camna ek?

0 comments: