BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 25, 2010

Tekukur

Ni gambaq burung tekukur kat rumah aku. Ada dua ekoq tengah cari makanan kat tanah. Aku pun tak kenai. Ayah aku yang habaq. Aku cek-cek kat tenet, tengok macam dia dah, tapi, tak pasti tekukur yang mana satu.

Terinai, Timah Tasoh

Hari tu (lama dah, dalam dua tiga minggu jugak la), kami pi Empangan Timah Tasoh. Ada macam tempat bersantai kat situ. Tapi, dia tutup dengan palang tak bagi orang masuk. Tak tahu pasai pa. Dia tak tulis pun kat situ. Dia cuma letak palang dengan kayu buruk, tak bagi kenderaan masuk. Pastu, kalau tak silap aku ada macam papan tulis tak bagi masuk... Entah la. Tengok, lawa juga tempat tu. Best, sedap dan masyok buat makan angin rehat-rehat pepetang. Hehe, tu la yang masalahnya tu. Tempat ni, macam agak sunyi la jugak, jadi, best la juga para-para couple melakukan aktiviti "riadhah" depa. Haha... Itu ikut cerita adik dan abang aku yang duduk Peghleih selama ni. Aku baru balik belajaq ja. Hehe...

Tapi, nak ambik gambaq burung tak jadik sangat la. Tak banyak jumpa. Hat jumpa pun, yang kecik dan dia terbang sesuka hati dia ja. Susah nak ambik gambaq dia. Huhu... Jadi, aku ambik gambaq bangunan kat situ ngan gambaq permandangan ja... Ni dia..














Aku berharap sangat kalau orang buka balik tempat ni.... Mmm... Camna ek?

Tuesday, May 4, 2010

Butorides Striatus

Little heron, Pucung Keladi atau Butorides Striatus. Tu nama burung kat Pengkalan Asam yang kami tangkap gambaq dia. Kalau tengok kat gambaq dalam entri Taman Rekreasi Pengkalan Asam tu, dia dok no. 4 dan 5 dalam kumpulan gambaq burung dan biawak tu. Nak cek, cek kat website www.birdinginmalaysia.com. Ada la pasai burung ni. Insya Allah nanti kami bubuh nama kat setiap gambaq tu... Senang sikit nak tengok kan? hehe

Wednesday, April 28, 2010

Raja Udang di Tasik Melati


Burung Raja Udang yang kami jumpa di Tasik Melati. Yang ni ja sempat tangkap elok. Yang lain ada la juga, tapi, tak jadi. Pulak, kat Tasik Melati tak banyak burung macam kat Pengkalan Asam tu. Mungkin sebab kami tak tau lagi kat mana nak ambik. Tasik Melati tu pun besaq. Ni pun dah nak balik dah baru tangkap... Insya Allah lepas ni, boleh pi lagi. Rasanya dah tahu la tempat mana burung ni ada... Boleh la ambik gambaq dia tengah beraksi... Hari tu, pergi Empangan Timah Tasoh. Insya Allah akan diupdate dalam masa terdekat ni

Thursday, April 22, 2010

Taman Rekreasi Pengkalan Asam

Assalamualaikum...


Ini, kali ni, aku dan adik aku pi Taman Rekreasi Pengkalan Asam, nak ambik gambaq burung. Sampai-sampai tu, kami pi beli ayaq dulu. Hangat. Pastu, ambik gambaq-gambaq taman tu sikit. Malangnya terseliuh la pulak kaki aku waktu turun curam rendah kat situ. Bukannya apa pun, tapi sebab kaki aku ni memang senang nak terpusing bila pijak permukaan tak rata, jadilah terseliuh sikit. Huhu... Dok rehat sat, aku pi pijak batu urut refleksi kat situ. Duh. Ingat nak ambik gambaq keindahan taman tu, tengok tempat pijak urut refleksi tu macam tak terjaga sangat. Huhu.. Tapi, masih ok lagi. Tak lah teruk sangat... Cuma agak kurang terjaga.



Tapi, yang lain tu, banyak jugak yang teruk, macam yang dalam gambaq kat bawah ni. Rasanya memang ada yang depa tak mau guna dah pun, tapi depa tak buang. Tu, yang tak best tu. Tapi, yang baru pun banyak juga. Inilah yang aku suka pasai perlis ni, taman rekreasi selalu dimajukan.

Yang kat bawah ni gambaq-gambaq lain kat taman tu.





Last sekali, ni dia, gambaq-gambaq burung dan biawak kat taman rekreasi, woot, woot...









Yang gambaq kecik-kecik tu, sorry la no. Burung tu terbang tinggi sangat, itu ja yang boleh tersampaikan dengan lens 400mm aku tu.

Rhipidura javanica

ha..dapat jugak nama betui untuk si 'murai batu' tu..
nama dia kat kampung org panggil Murai Gila..burung ni sebenarnya burung yang dikawal oleh perhilitan..kalau kat semenanjung Malasyia la. tapi kalau kat sabah n sarawak, banyak kot kat sana..depa tak kawal pon. nama saintipik dia plak yang ada tulis kat atas tu la, Rhipidura Javanica. best jugak dok cari-cari gambaq burung ni, macam-macam ada..cantik sungguh ciptaan Allah.
oklah abg man, boleh upload gambaq burung seterusnya..hehe.
-adik pais

seronok jugak ambik gambaq ni ek..rasa bleh kurangkan tension ja. kadang-kadang tu ralit dok ambik gambaq..kalau la kat dunia ni takyah kena keja, nak ja aku p ambik gambaq setiap masa..hehe..
aku dengan abg aku dah jadi sikit mereng, tengah-tengah malam pon bila sebut 'jom', dan tanya 'nk p mana' mesti jawab nak p ambik gambaq, gilo...haha..padahal gambaq yg dok ambik pun tak ter'upload' lagi..banyak sangat, tak larat nak pilih mana satu..yg 'murai batu' tu pun tak dapat g nama betui dia..murai makan batu kot..
aku dengan abg aku bercadang nak promosikan tempat rekreasi kat perlis ni, bleh tunnjuk kat org ramai..org dok kata perlis tak best, tak banyak tempat cantik..takpa,,depa taktau..nanti aku tunjuk betapa cantiknya tanahairku ini..hehe..
-adik pais

Tuesday, April 20, 2010

Murai Batu?


Ni aku pun tak tahu burung apa ni. Ayah aku kata, ni burung murai batu. Aku dengar nama burung murai tu, terus aku teringat iklan petronas. Aku pun tanyalah ayah aku

"Burung apa?"
"Murai batu"
"Burung apa?"
"Murai batu"
"Burung apa?"
"Murai batu"
"Burung apa?"
"Murai batu"

Adeih, letih aku tanya bebanyak kali. Ingat nak buat lawak. Rupanya ayah aku tak pernah tengok iklan tu. Huhu... Hari ni, aku search nama murai batu kat google. Tengok-tengok, dia keluaq gambaq lain. Huhu... Jadi, maksudnya aku pun tak tahu nama burung ni. Sesapa tahu sila lah bagitahu yerrkk?

p/s: Gambar burung ni aku ambil kat rumah aku ja

nak pi mana lagi tah..

ada sapa-sapa ada idea dak? petang ni nak pi ambik gambaq lagi..tapi tak tau kat mana la..petang kemarin dah pi ambik kat tasik melati...best, dapat gambaq yg cantik..burung raja udang, tapi tak dan ank upload g..abg aku p amik lesen keta plak ari ni..ptg ni beh p dgn keta la plak kot..haha..
punya la ralik dok p sana sini nak ambik gambaq burung, lupa minyak tak isi..pagi ni kalut la aku..minyak abih kat tengah jalan..jenuh dok tolak..mau letih gak..tapi ok la, exercise...huhu..
-adik pais

Monday, April 19, 2010

"Pencinta Alam"

ini gelaran yang aku dan abg aku dapat waktu tengah dok ambik gambaq dekat taman rekreasi denai larian pengkalan assam. tau ka tempat ni kat mana? suasana kat sana pun dah jauh berbeza dari dulu..kalau dulu ada track joging la..tapi la ni dah ada titi gantung, pentas persembahan terapung..apa lg ek? p tengok sendiri la..aku pun tak ingat. tujuan aku nak p ambik gambaq flora dan fauna kat sana..bukan jogging pun..haha.. aku ingat kot abg aku dah upload gambaq yg diambik kemarin..takplah, ptg ni ada la kot..cantik sungguh ciptaan Allah. em..ptg ni dok rancang nak p lagi kat situ..tapi tgk keadaan la... abg aku punya la excited nak p ambik gambar sampai jln pun tak tgk dah, tanah tak rata, terus terpelecok..balik semlm jenuh urut..aku plak xdan nak azan isyak, dah masuk alam mimpi..letih....zzzzzz....

Sunday, April 18, 2010

Centropus sinensis..

emm..ni la nama sebenaq untuk burung yang abg aku tangkap gambaq kemarin...puas cari baru dapat nama dia yang tepat..org kampung panggil dia nama burung Bubut..banyak gak kat perlis ni..nanti aku ajak abg aku cari burung bagi banyak lagi.
hari ni aku pi jalan-jalan dengan abg aku kat kawasan barat laut negeri perlis..rupanya perlis ni negeri yang cantik sangat hutan-hutan dia..banyak binatang yang jarang nampak. tengah aku jalan dalam hutan dekat dengan taman burung, kami ternampak sekoq ulaq warna hijau..badan dia macam plastik ja. tak tau la ulaq apa..kat taman reptilia batu pahat pun tak dak..kalau nak tau, taman reptilia kat sungai batu pahat ni yang terbesaq di Malasyia..maklumlah..negeri paing banyak ulaq..tak padan ngan kecik..tapi kaya dengan keindahan alam semula jadi..

Saturday, April 17, 2010

Burung Good-good





Pagi kelmarin dulu, dok tak dok, ayah aku panggil suruh ambik gambaq burung good-good. Aku pun tak pernah tengok sebenarnya. Aku pun cepat-cepat la ambik kamera aku. Susah la juga nak shoot burung tu, sebab rumput panjang. Dia dok lepak kat atas tanah ja. Tunggu lama sikit, dia naik atas batu ka apa tah, tanah kot. Boleh la ambik, tapi, kecewa la juga. Tak menjadi. Pasai pa tah. Sib baik esoknya tu, burung tu ada lagi. Kali ni belakang rumah pulak, sebelum ni kat tepi rumah. Ada satu pasang. Depa dok saja-saja ja, tak buat apa pun. Aku pun mengshoot lah burung tu. Ada la juga gambaq yang jadi. Satu ni la. Nak ambik banyak lagi, bateri habis. Haha...

Ni ayah aku la bagi tahu burung good-good. Selama ni tak pernah tengok pun. Nama dia mai dari bunyi dia kot.

"Good, good, good, good..." Lepas ni kita rakam bunyi burung tu la pula. Baru menarik. Hehe